Lelaki guna SUV mewah seludup petrol ke Thailand dicekup

Lelaki guna SUV mewah seludup petrol ke Thailand dicekup

ANGGOTA penguat kuasa KPDN Kelantan memeriksa petrol yang cuba diseludup ke Thailand melalui pangkalan haram Yasin, Lubok Gong, Rantau Panjang, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Taktik seorang lelaki menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah jenis Toyota Harrier untuk menyeludup petrol ke negara jiran bagi mengaburi mata pihak berkuasa gagal selepas ditahan semalam.

Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada pukul 1.30 tengah hari selepas memasuki kawasan pangkalan Haram Yasin, Lubok Gong.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, semasa melakukan rondaan rutin anggota bertugas telah mengesan sebuah SUV jenis Toyota Harrier dipandu dalam keadaan mencurigakan dan kemudian masuk ke kawasan pengkalan haram terbabit.

Katanya, sejurus ditahan anggota bertugas telah melakukan pemeriksaan  dan menjumpai lima tong berisi petrol dengan anggaran sebanyak 65 liter.

“Suspek gagal mengemukakan sebarang permit dan lesen sah bagi memiliki barang kawalan berkenaan semasa ditahan. 

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM15,251.55,” kataya ketika dihubungi di sini hari ini.

Aswadi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 21 akta yang sama kerana memiliki barang kawalan tanpa kebenaran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN