Krisis Asia Barat: Nuh Travel & Tours ambil langkah bijak, tawar pakej ke negara lebih selamat - Utusan Malaysia

Krisis Asia Barat: Nuh Travel & Tours ambil langkah bijak, tawar pakej ke negara lebih selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cakna dengan krisis yang sedang melanda negara di sebelah Asia Barat membuatkan agensi pelancongan Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd. mengambil langkah bijak dengan menawarkan pakej pelancongan ke destinasi yang lebih selamat di negara-negara Asia lain serta negara Eropah.

Rakyat kini disarankan untuk melancong ke destinasi yanng kurang berisiko seperti negara-negara Eropah termasuk New Zealand yang dilihat lebih stabil dan selamat untuk dikunjungi.

Pegawai Eksekutif Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd., Abdul Halim Aliumar berkata, pihaknya telah merangka pelan yang lebih strategik untuk para pelanggan sejak awal krisis ini bermula demi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi untuk tetap melancong.

“Kita ada data yang di mana movement di Southeast Asia sangat aktif. Jadi, kita come up dengan package-package yang lebih mampu milik. Dan, bukan di kawasan-kawasan panas”.

Tambah beliau, Nuh Travel juga menjalinkan hubungan rapat dengan syarikat-syarikat penerbangan dimana mereka sentiasa memantau jadual penerbangan selain menawarkan bayaran semula kepada pelanggan yang telah membuat tempahan ke lokasi ‘panas’ sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, Nuh Travel telah mencatatkan perkembangan yang positif apabila memeterai kerjasama strategik bersama RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) bagi mengetengahkan kemudahan Kad Debit Visa Pelbagai Mata Wang RHB-i kepada pelanggan.

Pengarah Urusan RHB Islamic, Datuk Adissadikin Ali berkata, pelanggan kini berpeluang menggunakan kad yang menyokong sehingga 34 jenis matawang, sekaligus mempermudah urusan pembayaran tanpa tunai ketika berada di luar negara dengan lebih lancar dan efisien.

Pelanggan juga tidak perlu membawa kad pintar ketika melancong, dan boleh sahaja terus digunakan hanya melalui telefon pintar.

“Tak perlu bawa kad ini pun boleh, Sebab, kad ini tersedia di dalam Apple Pay, Samsung Pay dan Google Pay”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN