Karma itu wujud, awak kenakan saya, orang lain akan buat 10 kali ganda - Nadia Brian - Utusan Malaysia

Karma itu wujud, awak kenakan saya, orang lain akan buat 10 kali ganda – Nadia Brian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada angin, tiada ribut, pelakon, Nadia Brian dilihat tampil memberi amaran kepada seseorang individu yang didakwa telah melakukan penganiayaan ke atas dirinya.

Menurut Nadia, dia percaya setiap perbuatan baik mahupun jahat sentiasa didatangi balasan yang setimpal dengan tindakannya.

“Tak apa karma itu wujud. Awak kenakan saya, orang lain akan 10 kali ganda akan kenakan awak. Sumpah saya cakap,” katanya di Threads.

Nadia bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai punca dan identiti individu yang dimaksudkan dalam perkongsian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa perkongsian tersebut ditujukan kepada bekas kekasihnya, Nedim Nazri, selain mendoakan agar aktres itu bertemu jodoh yang lebih baik.

“Terus kuat Nadia. Biar orang sakitkan kita. Dia akan dapat bahagian dia. Awak kena bersabar saja. Kekal positif benda yang baik akan datang pada awak,” komen seorang netizen.

“Betul itu. Biar orang buat kita. Allah kan ada. Kifarah itu wujud,” kata seorang pengguna media sosial. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN