TAIPING: Empat sekeluarga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, minggu lalu. Tertuduh, M. Satis Kumar, 27, bersama isteri, M. Savathri, 28, serta ibu bapanya, S. C. Veeraletchumi, 53, dan M. Murali, 49, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret R. Prabakaran. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh. Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh itu didakwa telah melakukan…










