PADANG BESAR: Seorang anak dari Felda Lubuk Sireh di sini, memohon kepada mana-mana pihak untuk membantu membawa pulang ibunya, Halimah Ismail, 64, yang diserang strok ketika berada di Madinah, Arab Saudi, pada 5 Februari lepas. Siti Nur Ain Abd Sanief, 31, berkata, ibunya pada mulanya dimasukkan ke Hospital Al Salam, Madinah, selepas mengalami masalah kesihatan serius semasa dalam perjalanan mengerjakan umrah. Katanya, pemeriksaan ketika itu mendapati ibunya dijangkiti beberapa virus…










