ARAU: Lebih 750 tan metrik harumanis di Perlis telah terjual dengan anggaran nilai RM18.75 juta dalam tempoh tidak sampai sebulan. Pengunjung yang bercuti ke negeri ini dan menghantar anak mereka ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau juga tidak melepaskan peluang membeli buah ikonik Perlis yang hanya boleh dinikmati setahun sekali itu. Ia sekali gus memberi rezeki berganda kepada peniaga harumanis yang mampu menjual 500 kilogram sehingga satu tan metrik sehari…










