KUALA NERUS: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini paling sepi buat pasangan suami isteri, Norhidayah Safii, 43, dan Mohd. Azlan Jalil, 43, dari Kampung Batu Enam di sini, yang menyambutnya tanpa kehadiran anak tunggal tersayang. Kenangan bersama Allahyarham Muhammad Amir Amsyar Mohd. Azlan, 12, yang pergi buat selama-lamanya pada 20 November tahun lalu akibat leukemia masih segar dalam ingatan menjadikan Syawal kali ini berasa kosong buat mereka. Norhidayah berkata, anaknya…











