ALOR SETAR: Rakyat Malaysia yang bercadang bercuti ke Thailand sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dinasihat menangguhkan hasrat itu bagi mengelak sebarang kesulitan, termasuk risiko terkandas akibat kekangan bahan api di negara berkenaan. Utusan Malaysia dimaklumkan, kebanyakan stesen minyak di Satun, Hat Yai dan beberapa kawasan tumpuan pelancong Malaysia kini berdepan kehabisan bekalan atau dicatu, ekoran konflik Asia Barat antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Peningkatan jumlah kenderaan merentasi…










