MARANG: Tradisi memberi duit raya kepada kanak-kanak selepas solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Tertak Batu di sini terus diamalkan sekali gus menceriakan suasana lebaran. Amalan itu bukan sahaja dinanti-nantikan golongan kanak-kanak malah menjadi simbol kebersamaan komuniti setempat dalam meraikan sambutan Aidilfitri. Seorang penduduk, Anis Najihah Jailani, 26, berkata, dia membesar dengan menyaksikan tradisi berkenaan dan memasang hasrat meneruskannya apabila mempunyai pendapatan sendiri. “Saya memang berniat bersedekah kepada kanak-kanak di…











