SEREMBAN: Malaysia akan menghantar nota diplomatik bagi menolak kenyataan seorang senator Filipina yang membangkitkan tuntutan terhadap Sabah. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang baharu malah telah berulang kali berlaku sebelum ini. Menurutnya, setiap kali timbul isu dalam negara berkenaan, akan ada pihak yang cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan perkara tersebut. “Ini bukan perkara baharu. Setiap kali timbul isu dalam negara mereka (Filipina), akan ada…











