JERANTUT: Semangat Aidilfitri di Kampung Orang Asli Sungai Kol, Damak di sini terserlah apabila seorang ibu tunggal Orang Asli Islam etnik Jahut, Latifah Daud, 63, sanggup memasak 600 batang lemang daun lerek bagi memeriahkan sambutan hari raya di situ. Tradisi memasak lemang menggunakan daun lerek adalah warisan nenek moyang etnik Jahut sejak lebih seabad lalu dan terus dipelihara walaupun mereka memeluk Islam. Latifah berkata, usaha itu bukan hanya menyediakan makanan…











