KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan komited menunaikan hak Sabah untuk menerima 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh daripada negeri itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada sebarang rundingan berhubung perkara itu kerana kerajaan sudah memberi jaminan jelas bahawa komitmen berkenaan akan dihormati. “Jawapan saya begini. Kita tidak merayu kes 40 peratus (hak hasil) itu, ia sudah tutup kes dan tiada perbincangan lagi. “Setakat ini, kita telah memberikan jaminan…










