KANGAR: Pembinaan rumah baharu kepada mangsa kebakaran di Pulau Ketam di sini bakal dilaksanakan sekali gus memberi sinar baharu kepada mereka yang tinggal sehelai sepinggang akibat kejadian itu. Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, rumah baharu tersebut bakal dibangunkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas urusan berkaitan tanah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Katanya, pada masa ini, mangsa dari lima buah rumah yang terlibat itu…










