Ibu bersama tiga anak hanya mampu berbuka puasa di masjid

Ibu bersama tiga anak hanya mampu berbuka puasa di masjid

SHAM Mat Sahat menziarahi Puteri Rodhiah Wahid bagi mengetahui keadaannya di Batu 10, Jalan Taiping di Bagan Serai, Perak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang ibu bersama tiga anak perempuannya hanya bergantung kepada juadah yang disediakan di masjid untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini.

Puteri Rodhiah Wahid, 40, berkata, dia kini berdepan kekangan kewangan selepas suaminya dipenjarakan sejak Januari lalu yang menyebabkan dia terpaksa bersendirian memikul tanggungjawab menyara keluarga.

“Saya bekerja sebagai pekerja kantin di sebuah sekolah dengan pendapatan sekitar RM45 hingga RM50 sehari.

“Pendapatan itulah digunakan untuk menampung perbe­lanjaan harian, keperluan per­sekolahan anak-anak serta mem­bayar sewa rumah.

“Namun, pada Ramadan ini, kantin sekolah tidak beroperasi, jadi kami sekeluarga tidak ada wang untuk membeli keperluan harian,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Puteri Rodhiah berkata, sekiranya terdapat lebihan makanan selepas berbuka, ia akan dibawa pulang untuk dijadikan hida­ngan sahur.

“Jika tiada lebihan, kami sahur dengan apa sahaja yang ada di rumah,” katanya.

Tiga anaknya masing-masing berusia 17, 12 dan lapan tahun masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan persekolahan.

Sementara itu, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol, Datuk Sham Mat Sahat berkata, pihaknya telah menziarahi keluarga tersebut bersama wakil penghulu serta pihak Baitulmal untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Hasil lawatan, pihak Baitulmal bersetuju untuk mempro­ses permohonan bantuan bulanan sebanyak RM500 bagi membantu perbelanjaan keluarga ini,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN