TENOM: Sekumpulan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi di sini berdepan detik cemas apabila sebuah kereta api yang dinaiki mereka hilang kawalan selepas mengalami masalah brek dalam kejadian di Batu 11, Pangi di sini pagi tadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berkata, beliau menerima maklumat berhubung insiden terbabit sejurus kejadian berlaku. “Saya mendapat maklumat berlakunya kejadian masalah brek gagal berfungsi kepada kereta api yang membawa guru-guru…










