PETALING JAYA: Bekalan ikan negara kekal mencukupi dan tidak terjejas meskipun Malaysia ketika ini berdepan cuaca panas berpanjangan susulan fenomena El Nino. Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain berkata, berdasarkan statistik bagi Januari dan Februari, jumlah keseluruhan pendaratan ikan mencecah 269,332 tan metrik, sekali gus menunjukkan tahap bekalan yang stabil serta mampu memenuhi permintaan domestik. Menurutnya, pencapaian tersebut meliputi sumbangan daripada subsektor perikanan tangkapan, akuakultur dan perikanan darat yang…










