SETIU: Kehilangan Anis Soffiya Md. Zaidi akibat kemalangan maut di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik, Perak, Jun tahun lalu, bukan hanya memberi kesan kepada ibunya malah menjejaskan adik istimewanya, Arissa Imani othman. Ibu penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu, Che Nor Aida Suhana Mat, 47, berkata, adik bongsu Allahyarham berusia tujuh tahun itu adalah seorang kanak-kanak kurang upaya kategori sindrom down yang sangat rapat dengan Anis Soffiya.…










