BESUT: Seorang warga emas terkejut apabila seekor gajah sesat ‘singgah’ di depan rumahnya di Kampung Tasik Pasir Akar, Hulu Besut, di sini semalam. Mohd. Noor Majid, 61, berkata, melalui kamera litar tertutup (CCTV), dia melihat secara jelas haiwan terbabit berulang-alik di depan pintu rumahnya sebelum bergerak ke kawasan belakang. “Ketika sedang menonton televisyen, anak memaklumkan ada gajah di kawasan rumah. Pada awalnya saya tidak percaya kerana lebih 60 tahun saya…










