100 asnaf terpilih di Perlis terima sumbangan NUTP bernilai RM20,000 - Utusan Malaysia

100 asnaf terpilih di Perlis terima sumbangan NUTP bernilai RM20,000

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan anjuran NUTP di salah sebuah hotel di Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kasih Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) 2026 di salah sebuah hotel di sini semalam.

Majlis sumbangan anjuran NUTP itu membabitkan 100 penerima dalam kalangan asnaf terpilih di negeri ini yang membabitkan nilai RM20,000.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Presiden NUTP, Aminuddin Awang: Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Pendidikan negeri, Rose Aza Che Ariffin.

Majlis dengan kerjasama MAIPs itu sebahagian daripada usaha kebajikan bagi membantu golongan memerlukan, khususnya sempena bulan yang mulia ini.

Aminuddin berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada MAIPs atas kerjasama erat dalam menjayakan majlis tersebut.

Beliau berkata, NUTP merupakan kesatuan sekerja terbesar di negara ini dengan keahlian melebihi 230,000 orang dan sentiasa komited memperjuangkan kebajikan serta kepentingan warga pendidik di Malaysia.

“NUTP turut menyediakan khidmat guaman yang dibiayai sepenuhnya kepada guru-guru yang berhadapan dengan tindakan mahkamah, di samping menguruskan tabung kebajikan bagi membantu ahli yang ditimpa musibah seperti kematian ahli keluarga, bencana alam serta memberi sokongan kepada ahli yang mencatat kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

“Sebagai kesatuan yang mewakili suara guru, NUTP akan terus memainkan peranan secara konstruktif bersama pihak kerajaan bagi memastikan sistem pendidikan negara terus unggul dan berdaya saing,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN