MARANG: Perikatan Nasional (PN) tidak mahu tergopoh-gapah menyelesaikan isu kedudukan ketua pembangkang kerana perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk pandangan kepemimpinan parti dan ahli-ahli Parlimen lain serta perhitungan politik. Sehubungan itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta rakan-rakan gabungan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya memberi peluang kepada Pas menyelesaikan perkara itu setelah meneliti semua pandangan dan isu berbangkit. Katanya, Pas tidak bersikap diktator dalam isu kedudukan…










