PETALING JAYA: Kira-kira RM10 billion disasar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi (MATF) tahun ini bagi pemulihan aset dalam memastikan wang ‘dicuri’ daripada rakyat dikembalikan semula. Kes-kes berprofil tinggi dan jenayah bersindiket seperti penyeludupan, penipuan serta aktiviti dadah antara yang akan disasarkan SPRM bagi memulihkan kembali hasil cukai negara yang dicuri penjenayah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya melalui MTAF akan mempergiatkan…










