Serangan Russia lumpuhkan kemudahan tenaga Ukraine

Serangan Russia lumpuhkan kemudahan tenaga Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Russia sekali lagi melancarkan serangan besar-besaran terhadap infrastruktur tenaga Ukraine yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik di seluruh negara.

Moscow tetap meneruskan pencerobohannya ke atas Ukraine walaupun kedua-dua negara mengadakan rundingan yang diatur Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan perang hampir empat tahun itu.

Pegawai Ukraine menuduh Moscow sengaja menyasarkan infrastruktur tenaga, menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan menjejaskan ratusan ribu penduduk, ketika suhu berada di bawah paras beku.

“Russia sedang melancarkan satu lagi serangan besar-besaran terhadap kemudahan tenaga Ukraine.

“Akibat kerosakan yang dicetuskan oleh musuh, gangguan bekalan kecemasan akan dimulakan sebaik sahaja keadaan keselamatan mengizinkan,” kata pengendali grid negara, Ukrenergo, dalam satu kenyataan semalam.

Ukraine dan Russia mengadakan dua pusingan rundingan yang dimediasi oleh AS di Abu Dhabi sejak Januari.

Kyiv dan Moscow bersetuju untuk pertukaran besar-besaran tahanan perang, namun gagal mencapai sebarang kemajuan dalam isu wilayah, yang kekal menjadi penghalang utama rundingan.

Sementara itu, Moscow menuduh Ukraine merancang insiden tembakan terhadap seorang pegawai kanan perisikan tentera di ibu negara Russia kelmarin, yang mengakibatkan kecederaan.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN