PGA rampas kayu balak, peralatan RM1.6 juta

PGA rampas kayu balak, peralatan RM1.6 juta

LORI yang membawa kayu balak berjaya ditahan PGA dalam serbuan di Ladang Serasa, Paloh, Gua Musang, Kelantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) berampas kayu balak dan pelbagai peralatan bernilai hampir RM1.6 juta selepas menahan empat lelaki dalam dua serbuan berasingan di Kampung Paloh, di sini.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pertama di Ladang Serasa sekitar pukul 10.30 malam kelmarin itu, pihaknya berjaya menahan tiga lelaki tempatan.

Katanya, selain PGA turut merampas kayu balak serta pelbagai peralatan berjumlah RM1.45 juta.

“Hasil soal siasat yang dilakukan, ketiga-tiga lelaki itu berusia 32 hingga 46 tahun mengaku terbabit dengan aktiviti pembalakan haram sejak tiga bulan lalu.

“Serbuan kedua di ladang getah pada pukul 8.30 malam tadi, PGA telah menahan lelaki tempatan berusia 48 tahun,” katanya dalam satu ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Ahmad Radzi memberitahu, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan enam batang kayu balak disyaki jenis kayu meranti.

Katanya, semakan mendapati lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkait dengan rampasan tersebut.

“Nilai rampasan membabitkan kayu balak dan lori yang dianggarkan bernilai RM140,000.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984 ( Akta 313),” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN