PGA rampas kayu balak hampir RM3 juta di Kelantan, Terengganu

PGA rampas kayu balak hampir RM3 juta di Kelantan, Terengganu

PGA rampas kayu balak hampir RM3 juta di Kelantan, Terengganu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis kayu balak bernilai lebih RM2.9 juta dalam lima serbuan di Kelantan dan Terengganu sepanjang bulan ini menerusi Op Bersepadu Khazanah dan Op Taring Wawasan Kelantan.

Dalam operasi itu, PGA turut menahan penahanan 21 individu termasuk dua warga Thailand bagi membantu siasatan.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pertama pada 8 Februari itu PGA berjaya menahan sebuah lori jenis Isuzu membawa muatan balak yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun di kawasan ladang getah Serasa, Paloh dekat Gua Musang kira-kira pukul 8.30 malam.

Katanya, semasa ditahan pemandu lori itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pemindahan kayu balak darip Pejabat Perhutanan dan kesemua kayu itu disyaki diambil secara haram.

“Pemeriksaan mendapati, lori tersebut membawa enam batang kayu balak disyaki jenis meranti yang dianggarkan bernilai RM60,000.

“Dua jam kemudian, tiga lelaki berusia 32 hingga 46 tahun ditahan di ladang sama selepas dipercayai terlibat kegiatan menebang, mengangkut dan menjual hasil hutan tanpa lesen sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, sebanyak tujuh batang kayu balak disyaki meranti bernilai RM70,000 dirampas bersama ketiga-tiga lelaki itu.

Katanya, selain itu, sebuah lori jenis Isuzu dan tiga buah jentera yang digunakan untuk menjalankan kegiatan menebang pokok balak dianggarkan bernilai lebih RM1.3 juta turut dirampas.

“Serbuan ketiga dijalankan oleh Batalion 9 PGA di sebuah kilang kayu di Sungai Rekam, Jerangau dekat Dungun, Terengganu kira-kira pukul 9.20 pagi pada 12 Februari lalu.

“Tujuh individu termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun berada di kilang tersebut. Penjaga kilang itu bagaimanapun gagal mengemukakan dokumen atau lesen operasi premis tersebut.

“Sebanyak 149 kayu bulat pelbagai saiz dan spesies yang dianggarkan bernilai RM4,470 dirampas dari kilang berkenaan. Kita turut merampas sebuah lori jenis Hicom dan pelbagai barangan atau jentera bernilai RM300,000,” ujarnya.

Ahmad Radzi berkata, serbuan keempat pula dijalankan di sebuah kilang kayu di Kampung Gual Terbok, Rantau Panjang dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 22 Februari lalu.

Menurutnya, sebanyak 1,317 batang kayu pelbagai jenis dianggarkan berharga RM500,000 dan 4,287 kayu siap bernilai RM1 juta dirampas di kilang tersebut.

“Pemilik kilang itu gagal mengemukakan sebarang permit selain kesemua kayu-kayu yang berada di kawasan luar premis tersebut juga disyaki tidak bercukai.

“Selain itu, dua lelaki bersama dua lelaki warga Thailand berusia dalam lingkungan 43 hingga 64 tahun ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, serbuan terakhir dijalankan di sebuah kilang kayu di Kampung Bukit Telaga, Gual Ipoh dekat Tanah Merah kira-kira pukul 3 petang kelmarin sebelum tujuh lelaki berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun dicekup.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, 4,819 kayu pelbagai jenis disyaki tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM1.35 juta.

“Jentera berat dan pelbagai jenis alat memotong kayu bernilai lebih RM1.64 juta turut dirampas di kilang tersebut,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

28026-Klt-PGA KayuBalak-Done Online

RAMPASAN kayu balak dan individu yang dilakukan oleh PGA menerusi Op Bersepadu Khazanah dan Op Taring Wawasan Kelantan di Kelantan serta Terengganu.

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN