ARAU: Para penternak ayam di negeri ini memohon kerajaan negeri mempertimbang keperluan pindaan Enakmen Perladangan Unggas Perlis 2006 berkaitan syarat permohonan lesen penternakan ayam yang disifatkan tidak relevan serta menekan golongan tersebut. Para pengusaha berdepan kekangan mendapatkan permit yang memerlukan kebenaran merancang yang menelan kos sekitar RM40,000 bagi kuantiti 500 ekor ayam iaitu syarat bagi mendapatkan lesen berkenaan. Seorang penternak ayam, Mohd. Zaidi Md. Nazir, 38, berkata, syarat berkenaan menyukarkan…










