KUALA LUMPUR: Istilah pemutihan dalam isu pembinaan rumah ibadat tidak boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk pengesahan automatik atau pemberian kelebihan baharu, sebaliknya perlu difahami secara ketat mengikut kerangka undang-undang sedia ada. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, langkah tersebut bukan bermaksud kesalahan asal diketepikan atau digantikan dengan kedudukan yang sama tahap atau lebih baik berbanding sebelum pelanggaran berlaku. “Istilah pemutihan perlulah ditafsir mengikut undang-undang dan bukanlah…








