PETALING JAYA: Jumlah pelajar yang memasuki sekolah swasta di seluruh negara meningkat sebanyak 30,652 orang atau kira-kira 50 peratus dalam tempoh tiga tahun sejak 2021. Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Institusi-Institusi Pendidikan Swasta (Napei), Dr. Teh Choon Jin berkata, peningkatan itu disebabkan oleh ibu bapa melihat daripada segi nilai pulangan yuran dibayar meskipun menelan kos perbelanjaan tinggi yang mencecah RM30,000 setahun. Menurut beliau, kemasukan pelajar tempatan ke sekolah swasta meningkat 18.2…










