Mayat dua lelaki ditemukan terapung di Sungai Kelantan - Utusan Malaysia

Mayat dua lelaki ditemukan terapung di Sungai Kelantan

LOKASI kejadian mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Kelantan, Kampung Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Mayat dua lelaki ditemukan terapung di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Pasir Pekan, Wakaf Bharu di sini semalam.

Kedua-dua mayat itu masing-masing ditemukan pada pukul 7 dan 7.55 malam

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, kedua-dua mayat lelaki berusia 31 dan 42 tahun itu ditemukan di tepi tebing sungai, dengan jarak kira-kira 100 meter antara satu sama lain.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tumpat bagi tujuan bedah siasat.

“Hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan mengesahkan punca kematian adalah akibat lemas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti keadaan sebenar yang membawa kepada kejadian tersebut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN