MARAN: Kawasan Lubuk Yu, Air Terjun Teladas, Bukit Kertau, Pekan Lama Chenor dan Tasik Chini dekat sini menjadi antara lokasi yang diangkat di bawah Aspirasi Wilayah Maran–Chini Geopark iaitu inisiatif strategik bagi memulihara warisan geologi, biodiversiti serta budaya Pahang. Penolong Pegawai Operasi Perbadanan Taman Negeri Pahang, Mohamad Azrisyafiq Mohamed Juhari berkata, kajian oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pada 2022 mendapati kawasan Maran–Chini mempunyai potensi besar untuk diangkat sebagai Wilayah Geopark…










