Lima kanak-kanak antara 12 maut dalam letupan kedai bunga api

Lima kanak-kanak antara 12 maut dalam letupan kedai bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Lima kanak-kanak termasuk dalam 12 mangsa terkorban dalam letupan di sebuah kedai serbaneka yang menjual bunga api di China semasa cuti Tahun Baru Cina, menurut media kerajaan pada Khamis.

Letupan berlaku pada petang Rabu di Kampung Jinpu, di wilayah tengah Hubei.

“Selepas operasi mencari dan menyelamat yang menyeluruh, insiden itu disahkan mengakibatkan 12 kematian: tujuh dewasa dan lima kanak-kanak,” kata penyiar kerajaan CCTV pada Khamis, memetik pihak berkuasa.

Kesemua identiti mangsa disahkan, tambah laporan itu.

“Kecuali seorang individu, dikenali sebagai pemilik kedai Encik Lin, 11 lagi adalah pelanggan yang membeli bunga api,” menurut laporan itu.

Tiga daripada pelanggan yang maut datang dari Chengdu, kira-kira 780 kilometer, untuk melawat saudara-mara mereka, kata laporan itu.

Siasatan polis sedang dijalankan untuk menentukan punca letupan tersebut.

Beberapa bandar besar di China mengharamkan penggunaan bunga api dan mercun dalam beberapa tahun kebelakangan ini atas alasan keselamatan dan kawalan pencemaran, tetapi amalan ini masih sangat popular di kawasan luar bandar.

Letupan maut kerap berlaku sekitar musim cuti.

Pada Ahad lalu, satu letupan di sebuah kedai bunga api di wilayah Jiangsu, timur China, mengorbankan lapan orang dan mencederakan dua lagi.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN