Lebih 20 bandar di Iran jadi sasaran serangan AS-Israel

Lebih 20 bandar di Iran jadi sasaran serangan AS-Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Lebih 20 bandar di seluruh Iran dilaporkan menjadi sasaran serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Israel sejak awal pagi Sabtu, menurut Bulan Sabit Merah Iran.

Jurucakapnya, Mojtaba Khaledi, dipetik agensi berita Mehr sebagai berkata, serangan bermula pada awal pagi dan menjejaskan pelbagai kawasan di negara itu.

“Semua pasukan Bulan Sabit Merah sedang beroperasi secara aktif di lapangan,” katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri lokasi yang diserang.’
AS dan Israel mendakwa operasi ketenteraan itu bertujuan menghapuskan ‘ancaman’ yang didakwa berpunca daripada rejim Iran.

Kenyataan video berasingan dikeluarkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden AS, Donald Trump, turut memberi bayangan sokongan terhadap perubahan kepimpinan di Teheran.

Teheran bagaimanapun menyifatkan tindakan berkenaan sebagai pencabulan kedaulatan negara dan berikrar untuk membalas dendam, sebelum melancarkan serangan balas.

Ketegangan terbaharu itu tercetus ketika Oman sedang menjadi pengantara rundingan antara Washington dan Teheran berhubung program nuklear Iran, dengan pusingan terbaharu diadakan di Geneva pada Khamis lalu.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN