Korea Selatan nafi guna vaksin Covid-19 tercemar

Korea Selatan nafi guna vaksin Covid-19 tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan menegaskan tiada vaksin Covid-19 yang didakwa mengandungi bahan asing diberikan kepada orang ramai, susulan kebimbangan mengenai kemungkinan pencemaran.

Kenyataan itu dibuat pada Selasa selepas Lembaga Audit dan Pemeriksaan dalam laporannya sehari sebelum itu mendedahkan sebanyak 1,285 dos vaksin yang diedarkan di seluruh negara didapati mengandungi bahan asing.

Laporan berkenaan turut menyebut dos lain yang mempunyai ciri serupa tidak diperiksa oleh kerajaan.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) memaklumkan semua vaksin yang dilaporkan tercemar diasingkan serta-merta dan disimpan berasingan, serta tiada satu pun dos terbabit disuntik kepada penerima.

Kementerian itu berkata, kira-kira 14.2 juta dos yang mempunyai kod pembuatan sama seperti vaksin yang dilaporkan diedar, namun pemeriksaan dijalankan oleh pengilang mendapati tiada isu keselamatan.

Agensi audit melaporkan, pemberian kelompok vaksin berkenaan sepatutnya digantung serta-merta dan tertakluk kepada pemeriksaan lanjut, sambil menyatakan 9.9 peratus bahan asing yang dikesan termasuk kulat, rambut dan silikon dioksida, yang berkemungkinan masuk semasa proses pembuatan atau penyimpanan.

Susulan laporan itu, ahli Parlimen pembangkang mengkritik Menteri Kesihatan, Jeong Eun-kyeong, yang sebelum ini mengetuai respons awal pandemik negara sebagai pesuruhjaya KDCA sehingga Mei 2022.

“Menteri Jeong perlu segera memohon maaf kepada mereka yang meninggal dunia selepas vaksinasi serta keluarga mangsa dan mengambil tanggungjawab sewajarnya,” kata wakil rakyat Kim Mi-ae daripada parti pembangkang utama, Parti Kuasa Rakyat semalam.

Menjawab kritikan itu, agensi berkenaan memaklumkan pihaknya memperkukuh prosedur pengendalian isu vaksin yang dilaporkan dengan menyemak semula garis panduan penyimpanan dan pengurusan pada Oktober 2025.

Agensi itu berkata, prosedur akan diperkenalkan bagi membolehkan pemeriksaan kualiti secara langsung oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-Ubatan apabila kebimbangan kualiti yang ketara dikenal pasti, termasuk bagi vaksin yang diluluskan di bawah kebenaran penggunaan kecemasan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN