Khlir sedia dipecat daripada Bersatu

Khlir sedia dipecat daripada Bersatu

KHLIR MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor bersedia untuk menerima tindakan pemecatan keahliannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sama seperti dihadapi enam ahli Parlimen lain dari parti itu sebelum ini.

Khlir berkata, beliau juga memang menunggu tindakan terhadapnya dikenakan keranamengakui terbuka melawan arus kepemimpinan parti itu.

“Saya memang menunggu untuk dipecat. Kami sudah bersedia dengan apa-apa tindakan kerana saya dan beberapa rakan lain secara terbuka melawan arus kepimpinan parti.

“Pada pandangan saya, pemecatan Hamzah Zainudin tidak sepatutnya dilakukan kerana semua pihak tahu jasa beliau.

“Sepatutnya perkara itu di­bin­cang dan disiasat terlebih da­hulu, bukan terus dipecat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Khlir berkata, beliau masih belum mene­rima sebarang surat tindakan daripada Lembaga Disiplin walaupun pendiriannya terhadap kepimpinan parti dibuat secara terbuka.

“Apa-apa tindakan seterus­nya, kita akan tunggu selepas mesyuarat Perikatan Nasional (PN) pada 22 Februari ini,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN