PETALING JAYA: Jemaah Menteri bersetuju menetapkan had maksimum 10 tahun atau dua penggal tempoh jawatan Perdana Menteri sebagai langkah memperkukuh tadbir urus negara dan keseimbangan kuasa dalam pentadbiran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penggubalan undang-undang termasuk pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan di Parlimen pada sidang kali ini. Katanya, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan mengambil kira pelbagai pandangan termasuk maklum…










