KUANTAN: Tindakan sebuah syarikat bas ekspres menggunakan bas persiaran sebagai kenderaan ganti tanpa memiliki Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang sah dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang dalam pemeriksaan di Terminal Sentral Kuantan (TSK) di sini, malam kelmarin. Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata, bas berkenaan dijadualkan membawa penumpang dari TSK ke Kota Bharu, Kelantan selepas bas asal didakwa mengalami kerosakan. “Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati bas ganti…










