JKNNS siasat restoran ‘cuci’ lebihan makanan untuk dijual semula

JKNNS siasat pekerja restoran ‘cuci’ lebihan makanan untuk dijual semula

TANGKAP layar video tular seorang pekerja sebuah restoran di Seremban yang didakwa mencuci lebihan makanan dan masakan seperti tauhu, daging ayam dan kambing untuk dijual semula kepada pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) kini menyiasat dakwaan tular di media sosial mengenai sebuah restoran di bandar ini yang ‘mencuci’ lebihan masakan seperti tauhu, daging ayam dan kambing untuk dijual semula kepada pelanggan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Zuraida Mohamed berkata, pihaknya baru menerima maklumat berkaitan dakwaan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

“Saya baru sahaja menerima maklumat ini dan telah meminta pegawai yang berkaitan untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Tular hari ini satu video hantaran seorang pengguna akaun Facebook yang mendakwa seorang pekerja di sebuah restoran berhampiran pusat beli-belah di sini mencuci lebihan lauk seperti ayam, daging dan tauhu.

Lebihan makanan itu katanya kemudian diasingkan ke dalam dulang dan dakwanya untuk digunakan semula pada keesokan hari.

Pemilik akaun itu juga mendakwa kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12.18 tengah malam tadi di bahagian belakang premis kedai berkenaan.

Dia menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak beretika serta boleh membahayakan kesihatan orang awam dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN