Jaheaik siasat kes isteri ‘madukan’ suami di Bachok

Jaheaik siasat kes isteri ‘madukan’ suami di Bachok

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) sudah menjalankan siasatan selepas seorang pesara tentera di Bachok, Kelantan mendakwa dia dimadukan oleh isterinya yang berkahwin dengan lelaki warga Pakistan ketika mereka masih lagi berstatus suami isteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) sudah menjalankan siasatan selepas seorang pesara tentera di Bachok mendakwa dia dimadukan oleh isterinya yang berkahwin dengan lelaki warga Pakistan ketika mereka masih lagi berstatus suami isteri.

Perkara tersebut disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd. Asri Mat Daud ketika dihubungi sebentar tadi.

“Pihak Jaheik sedang menjalankan siasatan lanjut. Setakat ini saya masih belum menerima laporan,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, seorang pesara tentera terkejut selepas mendakwa dia dimadukan oleh isterinya yang berkahwin dengan lelaki warga Pakistan ketika mereka masih lagi berstatus suami isteri.

Perkara tersebut terbongkar semasa lelaki berkenaan hadir ke pejabat agama di Bachok di sini pada Selasa lalu bagi mengambil surat cerai.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan dimaklumkan oleh pegawai bertugas bahawa bekas isterinya mempunyai dua suami dalam satu tempoh masa.

Wanita itu didakwa bernikah dengan lelaki warga Pakistan itu pada Disember tahun lalu, sedangkan pasangan tersebut hanya disahkan bercerai pada 14 Januari lalu.

Lelaki terbabit kemudian menemui imam yang didakwa menikahkan isterinya untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Imam itu bagaimanapun memaklumkan bahawa wanita berkenaan telah mengemukakan dokumen lengkap semasa permohonan pernikahan dibuat.

Pemeriksaan mendapati, tiada sebarang masalah dikesan ketika dokumen dihantar ke pejabat agama.

Lelaki berkenaan kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Bachok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN