Indonesia tarik balik sekatan terhadap Grok

Indonesia tarik balik sekatan terhadap Grok

LAMAN web Grok pada skrin sebuah komputer di Miami, AS, Januari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia pada Ahad menarik balik sekatan terhadap Grok, sebuah aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang disepadukan dalam platform media sosial milik syarikat X Corporation (X) dari Amerika Syarikat (AS), menurut laporan media tempatan.

Menurut akhbar Jakarta Post yang memetik kenyataan Kementerian Komunikasi dan Digital, langkah tersebut diambil selepas X memberikan komitmen untuk meningkatkan tahap pematuhan terhadap undang-undang negara itu.

Bulan lalu, Indonesia menggantung operasi Grok berikutan isu imej berunsur seksual pada aplikasi berkenaan.

Ia sekali gus menjadi negara pertama yang melakukan sekatan terhadap laman web itu .

Pihak kementerian menyatakan bahawa kerajaan sedang melakukan proses pemulihan akses tersebut secara bersyarat dan di bawah pengawasan yang ketat.

Pegawai kanan kementerian, Alexander Sabar, menyatakan bahawa normalisasi akses kepada perkhidmatan Grok dilakukan selepas X mengemukakan komitmen bertulis yang mengandungi langkah-langkah konkrit bagi penambahbaikan perkhidmatan dan pencegahan daripada ia disalah guna oleh para pengguna.

Komitmen tersebut menjadi asas kepada penilaian pihak kerajaan dan bukannya penamat kepada proses pemantauan yang sedang dijalankan.

Sekatan terhadap Grok bermula pada bulan lalu apabila Indonesia menjadi negara pertama di dunia yang bertindak menghalang akses kepada aplikasi oleh syarikat milik bilionair terkenal, Elon Musk itu.

Langkah drastik itu diambil oleh kementerian tersebut selepas mendapati platform berkenaan menghasilkan imej-imej berunsur seksual yang melanggar garis panduan kandungan digital negara itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN