MARANG: Setiap kali menjelang bulan Ramadan, seorang usahawan muda dari Kampung Undang di sini menerima tempahan hamper perayaan sehingga mencecah nilai ratusan ribu ringgit. Muhammad Shohamil Haffiz Salleh, 30, berkata, pakej hamper yang ditawarkan adalah antara harga RM15 hingga RM1,000. Dia turut menawarkan set hamper paling eksklusif dikenali sebagai ‘Duli Mahkota’ yang boleh mencecah harga sehingga RM5,000. “Bagi satu musim perayaan, keseluruhan tempahan boleh mencecah lebih RM200,000. “Pada peringkat awal,…










