Dituduh amal sihir, dua beranak mati dibakar

Dituduh amal sihir, dua beranak mati dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Empat individu ditahan pihak berkuasa di negeri Jharkhand, timur India, kerana didakwa membakar hingga mati seorang wanita dan bayi berusia 10 bulan atas tuduhan mengamalkan ilmu sihir awal minggu ini.

Suami mangsa yang turut diserang mengalami kecederaan melecur teruk dan kini dirawat di hospital.

Polis memaklumkan, pihaknya sedang memburu beberapa lagi suspek yang mungkin terbabit dalam kejadian.

Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India, lebih 2,500 orang, kebanyakannya wanita, dibunuh di negara itu atas tuduhan mengamalkan sihir antara tahun 2000 hingga 2016.

Pembunuhan Jyoti Sinku dan anak lelakinya pada Selasa lalu berlaku beberapa bulan selepas lima sekeluarga di negeri jiran Bihar, dibunuh kejam dan didakwa dibakar hidup-hidup kerana dituduh mengamalkan sihir.

Kes demikian sering dilaporkan di kawasan yang didiami puak komuniti kurang bernasib baik, di mana kepercayaan tahyul masih berleluasa dan ketiadaan sistem kesihatan awam menyebabkan penduduk bergantung kepada bomoh serta pengamal perubatan tidak bertauliah untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian di Jharkhand berlaku di perkampungan Kudsai, sebuah penempatan puak terpencil yang mempunyai kira-kira 50 rumah tanah liat dan terletak sekitar 250 kilometer (km) dari ibu negeri Ranchi.

Keganasan tersebut dipercayai tercetus susulan beberapa insiden di kampung berkenaan, termasuk khabar angin mengenai kematian mengejut ternakan serta penyakit dan kematian seorang penduduk tempatan, Pustun Birua.

Polis daerah membuka kertas siasatan di bawah kesalahan membunuh dan konspirasi jenayah.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN