Budak 10 tahun bunuh diri gara-gara tidak mampu beli keperluan sekolah

Budak 10 tahun bunuh diri gara-gara tidak mampu beli keperluan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kematian seorang budak lelaki berusia 10 tahun di Ngada, Nusa Tanggara Timur, antara wilayah termiskin di Indonesia, menarik perhatian negara terhadap kesan kemiskinan dan kelemahan sistem sokongan sosial ke atas kanak-kanak di kawasan terpencil.

Kanak-kanak tersebut, yang tidak didedahkan identiti selaras undang-undang, ditemukan mati pada 29 Januari di daerah Ngada.

Laporan awal mendakwa, kanak-kanak yang tinggal bersama neneknya itu mungkin membunuh diri kerana tidak mampu membeli keperluan sekolah, termasuk buku dan pen yang berharga sekitar 10,000 rupiah (RM2.34).

Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) berkata, kematian yang melibatkan kanak-kanak tidak boleh disalahkan kepada satu faktor sahaja.

Pesuruhjaya KPAI, Dyah Puspitarini menggesa pihak berkuasa meneliti konteks sosial dan psikologi lebih luas, termasuk dinamik keluarga dan kemungkinan kes buli.

“Kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah amat mudah terdedah kepada tekanan sosial. Kesusahan ekonomi mungkin wujud, tetapi corak penjagaan dan sama ada kanak-kanak itu mengalami pengasingan atau buli di sekolah juga mesti dikaji,” katanya.

Kanak-kanak itu dibesarkan dalam keluarga miskin dan tidak mempunyai ayah. Ibunya yang berusia 47 tahun dilaporkan terpaksa membesarkan lima anak sendirian dengan hanya dengan kerja pertanian.

Pendapatan tidak tetap itu menjejaskan penjagaan dan pendidikan, dengan hanya dua daripada adik-beradiknya mampu mengikuti pendidikan formal secara konsisten.

Menurut media tempatan, kanak-kanak terbabit meninggalkan nota tulisan tangan sebelum ditemukan meninggal dunia.

“Mama saya pergi sekarang. Jangan menangis mama,” menurut nota yang ditulis dalam bahasa Bajawa.

Walaupun kehidupan mereka sukar, keluarga itu tidak didaftarkan sebagai penerima bantuan perumahan, pendidikan atau program kebajikan sosial lain, menurut penduduk tempatan serta pemerhatian lapangan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN