Chegubard mohon ketepi perintah bayar Farhash RM550,000

Chegubard mohon ketepi perintah bayar Farhash RM550,000

MUHAMMAD RAFIQUE RASHID ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard membuat permohonan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM550,000 kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Chegubard memaklumkan, pihaknya turut memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini, bagi penangguhan pembayaran ganti rugi berkenaan.

“Chegubard hanya mengetahui saman tersebut oleh pihak media mengenai penghakiman pada 29 Januari lalu. Chegubard tidak pernah menerima dan melihat sebarang saman atau writ saman tersebut. Kami dapati saman itu diterima oleh individu yang tidak dikenali.

“Kita dapati perbicaraan kes saman itu berjalan sebelah pihak apabila Chegubard serta peguamnya tidak hadir dan Farhash tidak diperiksa balas oleh peguam,” kata peguam itu ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Muhammad Rafique berkata, pempengaruh, Nurpais Ismail yang merupakan defendan kedua juga akan memfailkan permohonan sama menerusi peguamnya.

Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Chegubard dan pempengaruh berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM550,000 kepada Farhash selepas membenarkan tuntutan saman fitnah ahli perniagaan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi mendapati, kenyataan berkenaan bersifat fitnah terhadap plaintif dan maksud fitnah itu adalah serius, merosakkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Farhash memfailkan tuntutan saman terhadap dua defendan itu pada 26 Mei 2025, namun tiada defendan yang hadir ke mahkamah atau memfailkan penyataan pembelaan, dan Farhash satu-satunya saksi yang memberikan keterangan semasa perbicaraan pada 12 Januari lalu. 

Plaintif memfailkan tuntutan itu atas dakwaan defendan pertama (Chegubard) telah membuat dan menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya semasa temu bual yang dijalankan oleh defendan kedua (Nurpais) pada 7 Mei 2025, dimuat naik ke akaun YouTube defendan kedua.

Kenyataan fitnah itu antara lain, menyatakan plaintif menggunakan kedudukannya untuk mengawal dan memanipulasi syarikat-syarikat besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×