Banjir tenggelamkan beberapa kawasan di Bali

Banjir tenggelamkan beberapa kawasan di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Banjir melanda beberapa kawasan di pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali, menyebabkan ratusan orang termasuk puluhan pelancong dipindahkan ke lokasi selamat.

Pegawai kanan agensi mitigasi bencana tempatan, I Gede Agung Teja Bhusana Yadnya berkata, hujan lebat berterusan sejak 23 Februari mengakibatkan beberapa daerah di Bali serta ibu kota wilayah, Denpasar, dinaiki air.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Banjir turut menenggelami beberapa premis termasuk kafe dan stesen minyak di daerah Badung, selain memaksa sebahagian pelancong dipindahkan menggunakan bot getah.

“Kami datang ke sini untuk melawat Zoo Bali…kami mahu melihat gajah tetapi disebabkan keadaan ini, kami tidak dapat berbuat demikian,” kata pelancong warga Mexico berusia 28 tahun, Briana Palacios, kepada AFP.

Dr Gede memberitahu AFP, kira-kira 30 pelancong asing dipindahkan dalam kejadian banjir pada 24 Februari, sambil memaklumkan sebahagian daripada mereka berpindah ke hotel lain atau kembali ke penginapan masing-masing selepas keadaan reda.

Kira-kira 350 mangsa terpaksa berlindung sementara berikutan paras air yang meningkat pada hari sama, sambil menambah kebanyakan mereka pulang ke rumah apabila air mulai surut.

Hujan lebat turut menyebabkan dua penerbangan antarabangsa ke Lapangan Terbang Bali dilencongkan pada awal Isnin, manakala tiga lagi penerbangan berlepas mengalami kelewatan, menurut jurucakap dalam satu kenyataan.

Septemner lalu, banjir kilat yang melanda beberapa bahagian Bali meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa dan menyebabkan empat lagi hilang, dalam kejadian yang disifatkan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik sebagai banjir terburuk di pulau itu dalam tempoh sedekad.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN