PUTRAJAYA: Satu perbincangan lanjut antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) akan diadakan minggu depan. Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perbincangan itu bertujuan untuk melihat lebih mendalam perkara itu berikutan kerajaan setakat hari ini belum memutuskan apa-apa tindakan dan langkah seterusnya. Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang memberikan taklimat terkini mengenainya pada mesyuarat…










