'Abah berulang kali sebut nak berehat di akhirat - Anak Mursyidul Am - Utusan Malaysia

‘Abah berulang kali sebut nak berehat di akhirat – Anak Mursyidul Am

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Luahan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang menyentuh hati ramai.

Husna Hashim meluahkan perkara tersebut menerusi perkongsian di TikTok yang memaklumkan bapanya beberapa kali menyuarakan hasrat untuk pulang dan berehat.

Video berdurasi 26 saat itu memamparkan keadaan semasa bapanya yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Abah beritahu dia nak balik. Berulang kali juga abah sebut, abah nak rehat di akhirat. Abah kata dia sayang semua anak-anak abah.

“Kami pun sayang abah. Semoga abah cepat sihat,” katanya.

Setakat pukul 7 petang tadi, kemaskini Husna di laman TikTok itu telah mendapat sebanyak 312 perkongsian dan 356 komen yang rata-ratanya mendoakan kesihatan Hashim kembali pulih.

Sebagai rekod, Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas keempat pada 10 Oktober 2016 oleh Majlis Syura Ulama Pas susulan pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din pada 16 September tahun sama.

Dalam pada itu, akaun rasmi Facebook Mursyidul Am Pas turut memaklumkan beliau sedang menerima rawatan di hospital dan memohon semua pihak melaksanakan solat hajat untuk mendoakan kesembuhan serta kesejahteraannya.

“Buat masa ini, Tuan Guru tidak dapat menerima kunjungan ziarah kerana keadaan tidak mengizinkan. Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua,” tulis kemaskini itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN