SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda bersependapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pembinaan mana-mana rumah ibadah mesti mengikuti peraturan dan undang-undang. Pejabat Sultan Selangor dalam kenyataannya berkata, baginda disembah maklum oleh kerajaan negeri sehingga 31 Januari lalu, terdapat 687 kuil hindu dibina tanpa kebenaran di negeri ini melibatkan 388 di atas tanah milik kerajaan dan 299 lagi di tapak persendirian. “Jumlah kuil tanpa…










