KANGAR: Sebanyak 611 lot niaga membabitkan empat lokasi bazar Ramadan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) disediakan bersempena bulan puasa tahun ini. Ia melibatkan bazar Ramadan Arau, Taman Kemajuan, Kuala Perlis dan pembukaan semula bazar Ramadan ‘stadium’ di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini. Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth berkata, pada masa ini, bazar Ramadan ‘stadium’ masih memiliki kekosongan lot niaga manakala kawasan niaga lain telah penuh…










