ALOR SETAR: Gerai milik seorang warga emas di Jalan Kuala Kedah di sini menjadi tumpuan apabila menjual minuman serendah 30 sen hingga RM1 sejak 26 tahun lalu dengan niat untuk bersedekah. Sarifah Bahari, 74, dari Tandop berkata, walaupun memperoleh keuntungan yang tidak seberapa namun hatinya puas apabila dapat membantu pelanggan yang rata-rata terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. “Saya mula berniaga sejak zaman Allahyarham Datuk Seri Syed Razak Syed Zain jadi…










