SEREMBAN: Tindakan terhadap penganjur dan memperkenalkan syarat tambahan akan diambil Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sekiranya tapak niaga bazar Ramadan dan Aidilfitri tidak diserahkan terus kepada peniaga sebenar. Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Baharuddin berkata, langkah itu bagi memastikan tapak niaga itu tidak dijual kepada orang tengah yang mengambil kesempatan meraih keuntungan. Katanya, penjualan tapak perniagaan dinyatakan dengan jelas dalam surat tawaran dikeluarkan dan penganjur diwajibkan menjualnya mengikut kadar harga ditetapkan…










