KUANTAN: Sasaran global 30×30 untuk melindungi sekurang-kurangnya 30 peratus ekosistem daratan, air pendalaman dan marin menjelang 2030 perlu menjadi fokus utama tadbir urus Tasik Chini Rizab Biosfera (TCRB). Profesor Kehormat Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Seri Mushrifah Idris berkata, perbincangan di sesi-sesi utama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan badan-badan agensi lain seperti United…










